1) PERPUSTAKAAN AWAM BELURU
2) MASJID AL-MUNIR
Masjid Al-Munir merupakan satu-satunya masjid yang terdapat di Pekan kecil Beluru. Masjid ini terletak di hujung Kampung Melayu Beluru dan merupakan masjid utama yang digunakan oleh penduduk Kampung Melayu itu sendiri dan penduduk sekitar yang beragama Islam terutamanya guru-guru Islam yang mengajar di sekolah berdekatan.
Fungsi Masjid Al-Munir:
i. Tempat umat Islam solat berjemaah
ii. Mengadakan majlis-majlis ilmu
iii. Bacaan Yasin
iv. Majlis berbuka puasa di bulan Ramadhan
v. Majlis Akad Nikah
3) DEWAN MASYARAKAT BELURU, BAKONG
Dewan ini terletak berhampiran dengan pejabat daerah Beluru dan bersebelahan dengan Perputakaan Awam Beluru. Penduduk setempat menggunakan dewan ini sebagai tempat menjalankan aktiviti seperti jamuan rumah terbuka, tempat untuk menyampaikan bantuan kerajaan seperti BSH dan sebagainya.
4) PADANG BOLA SEPAK
Di kawasan sekitar Beluru ini juga terdapat padang bola sepak awam yang boleh digunakan oleh penduduk setempat. Padang bola awam ini sering digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh JKR, pihak sekolah, Belia dan Wanita. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan seperti sukan tahunan, pertandingan / bermain bola sepak, bola jaring dan sebagainya. Selain itu, padang ini juga dijadikan tempat pendaratan untuk helikopter Menteri-Menteri yang datang ke pekan kecil ini.
5) GELANGGANG FUTSAL
Pekan Beluru juga mempunyai kemudahan asas seperi gelanggan futsal, Dengan adanya kemudahan asas ini, penduduk setempat boleh meluangkan masa mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah serta boleh menghindar dari penyakit yang berbahaya tanpa mengira peringkat umur dan jantina
6) TAMAN PERMAINAN AWAM
Taman Permainan Awam ini terletak di Pasar Beluru, Bakong. Taman ini juga berhampiran dengan padang bola sepak. Selain itu, Taman Pemainan Awam ini dibuka setiap hari dan setiap masa bagi penduduk setempat untuk melakukan aktiviti riadah bersama anak-anak dan keluarga tersayang. Aktiviti seperti ini boleh menghindari anak-anak penduduk daripada gejala masalah sosial dan boleh menyihatkan tubuh badan.