LOAGAN BUNUT
Loagan Bunut mengambil masa 1 jam dari Pekan Beluru. Loagan Bunut menawarkan ekosistem yang unik di sekitar kawasan tasik semulajadi terbesar di negeri Sarawak (65ha).
Tasik cetek ini biasanya menjadi kering sekiranya jumlah air dari Sungai Tanjar menurun (sekitar bulan Februari, lewat bulan Mei ataupun awal bulan Jun/Julai). Apabila paras air menurun, terdapat banyak burung-burung yang akan datang ke sini untuk makan ikan- ikan yang terperangkap di dalam lumpur. Setelah kering, tumbuh-tumbuhan akan mula memenuhi kawasan tasik untuk dimakan oleh larva-larva serangga. Sebaik sahaja tasik ini kembali dipenuhi air, ikan-ikan kembali ke sini dan memakan larva-larva tersebut dan melengkapkan kitaran kehidupan seperti asalnya. Nelayan-nelayan dari puak Berawan di sini telah menggunakan satu cara unik yang hanya boleh dijumpai di Loagan Bunut dan dikemali sebagai Selambau. Mereka menggunakan jala bersaiz besar yang ditunda dari rakit besar dan ikan-ikan yang ditangkap ini akan disimpan di dalam sangkar yang diperbuat dari buluh dan dibiarkan tengelam di dalam untuk membenarkan ikan-ikan terus hidup sebelum dibawa ke pasar.
Bentuk muka bumi di kawasan sekeliling taman ini dilengkapi oleh pelbagai jenis hutan dari gabungan pelbagai hutan paya pekat yang mempunyai akar berjuntai di atas permukaan air, sehinggalah ke hutan Alam yang mempunyai kanopi setinggi 60 meter, telah membantu menjadikan Loagan Bunut sebagai syurga bagi penggemar burung.
Spesis yang boleh ditemui di sini adalah seperti helang, burung layang-layang, burung malkohas, burung raja udang, burung merai, burung robin, merbuk, bulbul, burung drongos berekot raket dan enggang. Manakala, burung-burung seperti darters, bangau, pucung, bittern, burung botak dan broadbill datang ke sini pada musim kemarau untuk memakan ikan-ikan yang terperangkap. Haiwan-haiwan yang lain boleh juga ditemui di sini seperti rusa, babi, rusa sambar, monyet macaque, langur berbelang hitam, pelanduk kecil, musang palma bergigi kecil, tupai besar dan kecil, ungka borneo, beberapa spesis katak kecil,ular air berkepala anjing serta beberapa spesis ular pokok. Buaya muara juga kadangkala kelihatan di sini.
Pada musim kemarau, pengunjung boleh berjalan di atas permukaan tasik yang kering namun harusditemani jurupandu atas sebab-sebab keselamatan. Trek-trek yang terdapat di sini termasuk trek Hydrology Trail (2km), merupakan trek yang membawa pengunjung ke kawasan ekosistem paya peat. Trek Tapang sejauh (260m) pula membawa anda ke kawasan pokok tapang (Koompassia Excelsia), pokok ketiga tertinggi di dunia, yang mana kayunya yang keras dan berat dikatakan kayu terbaik untuk dijadikan sumpit. Trek Beliak Trail (720m) pula membawa pengunjung ke kawasan pokok belian (Eusideroxylon Zwageri) juga dikenali sebagai (Borneo Ironwood), sejenis pokok yang menghasilkan antara kayu balak paling mahal dan keras di dunia. Perjalanan menggunakan bot boleh diaturkan di Ibu pejabat Taman Negara ini.
Antara waktu yang terbaik bagi menikmati pemandangan di Taman Negara ini adalah pada waktu pagi. Pengunjung boleh minikmati pemandangan yang dipenuhi kabus. Waktu tengahari adalah waktu yang terbaik untuk meyaksikan burung-burung yang datang untuk memakan ikan yang terperangkap. Manakala, pada waktu petang pula menawarkan pemandangan matahari terbenam yang indah serta berpeluang untuk menyaksikan lebih banyak lagi spesis burung. Selalunya, pemandu-pemandu bot akan membawa pengunjung terus ke dalam kawasan hutan iaitu ke kawasan pokok berakar besar untuk menyaksikan monyet dan tupai dengan lebih jelas.
Sebuah bot lawatan biasanya akan masuk melawat ke kawasan menjala skop di Selambau, dan pada musim ikan berhijrah,pengunjung akan berpeluang menyaksikan nelayan menangkap ikan dan ikan-ikan segar ini boleh dibeli terus. Pemandu bot ini juga akan membawa pengunjung je kawasan platform perkiburan lama puak Berawan atau Klirieng, terletak di atas tasik dan disokong oleh platform yang dibina dari kayu belian. Pemandu-pemandu bot ini berasal dari puak nelayan Berawan yang arif tentang kawasan dan kebudayaan tempatan dan ada yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Kos bayaran untuk perkhidmatan mereka adalah RM60 satu bot untuk 1 jam yang boleh memuatkan 4 penumpang dalam satu masa. Bayaran sebanyak RM15 seorang sekiranya membawa lebih penumpang.