SJK (C) Hua Kwong

SJK (C) Hua Kwong,Bakong telah ditubuhkan pada 1957. Sekolah ini didirikan di tepi sungai Bakong. Pengasas yang pertama menubuhkan sekolah ini ialah peniaga-peniaga di sekitar kawasan Beluru, Bakong pada ketika itu. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah jenis persendirian atau disebut sekolah swasta. Peniaga-peniaga Bakong telah banyak menyumbang wang dan tenaga dalam usaha mendirikan sekolah rendah yang beraliran cina kerana mereka sedar akan kepentingan bahasa ibunda serta budaya dan tradisi masyarakat cina.

Pada tahun 1961, sekolah Hua Kwong telah diserahkan kepada Majlis Daerah Baram. Ini adalah disebabkan sekolah Hua Kwong kekurangan modal. Sehingga 15 Mac 1973, semua sekolah yang di bawah jagaan Majlis Daerah dijadikan sebagai sekolah kerajaan dan diawasi oleh Jabatan Kerajaan. Ini kerana pada masa itu kerajaan memperbarukan sistem rancangan pendidikan.

 

SK Beluru Central

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1947 dengan nama Sungai Kepayang School. Bangunan sekolah pada masa itu beratap rumbia dan berdinding kulit kayu meranti. Pada tahun 1948, sekolah ini telah dipindah ke satu tapak baru di atas bukit di tebingan sungai Bakong berdekatan dengan tapak sekolah SJK Hwa Kwong sekarang. Sejak itu nama sekolah telah ditukar kepada Beluru Central School. Pada zaman peralihan bahasa penghantar iaitu Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia, maka sekolah ini telah bertukar nama kepada Sekolah Rendah Kerajaan Beluru. Sejak akhir tahun 1987 nama sekolah ini sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Beluru sahaja.Pada tahun 1989 sekolah ini telah dipindahkan ke tapak asal dekat Sungai Kepayangberdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Bakong.

Sekolah Kebangsaan Beluru, Bakong terletak di Daerah Baram dalam Bahagian Miri dan dihubungi dengan kira-kira 80 km jalan raya dari Bandar Miri. Pada suatu ketika dahulu, sekolah ini adalah di bawah penyeliaan pihak Jabatan Pendidikan Daerah, Daerah Baram kerana ia hanya boleh dihubungi dengan jalan sungai dari Batang Baram.

Sekarang sekolah ini terus di bawah jagaan Pejabat Pelajaran Gabungan Miri, Bahagian Miri walaupun ia terletak di Daerah Baram. Sekolah ini dianggap sebagai sekolah luar bandar dan menjadi pusat bagi sekolah-sekolah di Daerah Kecil Bakong.

 

SMK Bakong

SMK Bakong bertapak sementara di Kem Jabatan kerjaraya, Sg Temam. Pada tahun 1980 semua bangunan yang ada pada masa itu diperbuat daripada  kayu manakala atap pula diperbuat daripada daun pelepah.

Genap dua tahun,SMK Bakong berpindah ke lokasi yang sedia ada sekarang dengan kemudahan yang lebih selesa pada tahun 1982. Sekolah ini terletak kira-kira 80 KM dari Bandar Miri. Tapak ini dilengkapi dengan kemudahn blok yang sedia ada seperti sekarang kecuali penambahan flat baru untuk penginapan guru dan kakitangan sokongan.