Bakong ialah nama sejenis “Bunga” dan “Beluru”ialah bermaksud runtuh. Pada masa dahulu Daerah Bakong ini adalah di bawah naungan kekuasaan Kesultanan Brunei. Menurut kepercayaan sebuah cerita tempatan di sini; pada suatu ketika di zaman dahulu, Daerah bakong telah diserang oleh binatang-binatang liar dari hutan terutamanya khinzir. Khinzir tersebut datang menyerang penduduk-penduduk di Dearah Bakong sehinggakan rumah-rumah habis roboh dan musnah malahan pokok-pokok dan tanaman juga turut binasa.
Serangan khinzir tersebut telah membentuk satu alur yang berupa sungai. Sungai inilah yang menjadi Sungai bakong sekarang. Selain itu semua penduduk di daerah bakong habis terkorban dan Cuma tinggal sepasang suami isteri sahaja yang terselamat dari serangan khinzir tersebut. Menurut kepercayaan, generasi yang ada sekarang di daerah bakong ini adalah berasal dari keturunan pasangan suami-isteri tersebut.
Pekan beluru mula wujud sebelum peperangan jepun dulu. Pada mulanya pekan itu berkeadaan dimana rumah kedainya adalah berdinding kayu dan beratap daun. Masyarakat kaum Cina adalah yang mula berniaga di pekan Beluru itu dan mereka berasal dari Marudi.
Pada suatu ketika dahulu mereka hanya berdayung perahu untuk berniaga. Beberapa tahun kemudian mereka mendirikan rumah kedai yang lebih sempurna dan sentiasa di baik pulih sehinggalah ke sekarang. “Likau RE’AS” atau “Sungai Kepayang” itulah letaknya dibahagian belakang deretan kedai di Beluru. Pada ketika itu juga dialek Bakong mula dicipta.
Sistem pentadbiran mula diwujudkan di daerah kecil ini sekitar tahun 1970-an, yang mana sebelum itu, pentadbiran adalah di bawah jagaan Wakil Ulu Sungai.
Sementara itu, Pegawai Tadbir Sarawak yang pertama ditugaskan di sini ialah Joanis Godfery Pandik pada tahun 1976.