A) Balai Polis Beluru, Bakong.

Balai Polis Beluru dibina pada tahun 1976 di atas tapak tanah seluas 1.2064 hektar yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk pihak Polis iaitu di Lot 60, Blok 14, Bakong Land District. Bangunan Balai Polis Beluru yang telah berusia 23 tahun dan berkeadaan usang telah digantikan dengan sebuah bangunan baru pada 18 Jun 2003. yang dirasmikan oleh SAC 1 Abg Wahab Bin Hj. Abg Julai (Penolong Suruhanjaya Polis Sarawak). Oleh hal yang demikian, tiada kemudahan rumah kediaman untuk anggota Balai Polis bagi mendiami berek kerajaan Negeri malah, anggota polis menyewa rumah di sekitar Pekan Beluru.

 

 Tugas-tugas anggota Balai Polis.

 - Meronda Kampung dan kawasan sekitar

 - Menjaga keamaan (special event)

 - Latihan kawad ke sekolah-sekolah

 - Gotong-royong (jabatan,masyarakat)

 - Mengawal keadaan lalu lintas. Contohnya,perarakan kemerdekaan dan perarakan Maulidur      Rasul

 

ALAMAT: 

Balai Polis Beluru Bakong,

98050 Baram

No.Tel: 

085-744434

 

B) Pondok Keselamatan RELA Beluru

Pondok Keselamatan RELA ini ditubuhkan pada tahun 2013 bertujuan untuk memantau keselamatan di kawasan pekan Beluru.

    Fungsi:-

 - Membuat rondaan di kawasan pekan Beluru

 - Membantu mengawal keselamatan semasa majlis rasmi.