Pusat Sebaran Maklumat Nasional
NADI merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad ™ di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan memberi
fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar Bandar.
VISI DAN MISI
Visi
- Menjadi Pusat Ilmu dan Sumber Maklumat Bagi Mewujudkan Komuniti Yang Berpengetahuan, Berkualiti serta Berdaya Saing.
Misi
- Menyediakan kemudahan capaian internet dan informasi kepada komuniti.
- Mewujudkan pengajaran dan latihan berkaitan teknologi komputer dan internet.
- Melaksanakan program-program yang dapat membantu pembangunan ekonomi dan sosial di kalangan komuniti.
- Berperanan sebagai Pusat Pelbagai Perkhidmatan di kawasan luar Bandar