USAHAWAN KECIL KUIH MUIH, KEK DAN KEREPEK

Q2 2018

Nama

 

: Tili Law

Umur

: 26 tahun

Ahli

: 20 Mac 2016

 

Latar belakang

Tili Law merupakan seorang surirumah dan melakukan perniagaan kecil-kecilan bagi membantu menjana pendapatan keluarga.

Dengan kemahiran yang sedia ada beliau membuat kerepek, kuih muih dan kek untuk dijual disekitar penduduk setempat.

Beliau juga menerima tempahan kek dari pelanggan di media social. Beliau menjual produk menggunakan media social

seperti facebook, whatsapp dan dashboard komuniti.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM400 sahaja sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Beluru, beliau kini semakin mahir

menggunakan facebook, whatsapp dan dashboard komuniti dalam mempromosi produk telah meningkatkan lagi tempahan

pelanggan terhadap produk yang dihasilkan oleh beliau.